Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Wednesday, September 27, 2006

Sedikit Kisah Ramadan

Assalamualaikum.Hari ni saya sangat2 penat,menunggu kedatangan klien untuk tentukan syarikat saya layak dapat status bumiputera atau x,isi borang itu ini,telefon sana sini.Tp Alhamdulillah,menjelang asar walaupun belum siap tapi bolehla dikatakan organized.Sementara menunggu asar ni saya baca majalah G3.Jangan ingat majalah kartun macam ni x ada teladan yg bole dicontohi.Tengah saya belek2,terjumpa satu artikel yg dikarang oleh Ustazah Adawiah.Sama2 kita baca artikel yg bertajuk 'Mencari Syahid' ni.

Suatu pagi dalam bulan Ramadan,Nabi s.a.w memberi targhib.Kata baginda,barangsiapa yang berjuang pada jalan Allah dan tiba-tiba syahid,maka Allah akan kurniakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari dalam syurga.Namanya Ainul Mardhiah.Bila dengar aje kenyataan yg dibuat oleh Nabi,seorang sahabat yg usianya sgt muda teringin nak tanya betapa cantiknya bidadari tu.Tp dia malu pada sahabat-sahabat yg lain.Apapun,dia tetap letakkan nama sebagai salah sorang yang akan ikut Nabi pergi berjihad.Sebelum zohor,menjadi sunnah Nabi untuk tidur sekejap.Pemuda td pun ikut sama tidur.Dalam tidurnya,dia bermimpi...

Dia berada di tempat yg sungguh cantik dan x jauh dr situ dia nampak sorang lelaki yg berwajah berseri-seri.Dia pun bertanya pada lelaki itu,"di manakah aku?".Jawab lelaki itu,"kamu berada di syurga".Lalu pemuda tu pun sampaikan hajat untuk berjumpa Ainul Mardhiah.

nak tau apa cerita selanjutnya?haaa,tunggu..........to be continued.

Monday, September 25, 2006

Cerita Ceriti

Bergolek...bergolek...berpusing...terjaga.Hmm,pukul berapa nii?(capai handphone).La,baru pukul 2 pagi.Saya terbangun awalla pulak.Ooo,mana taknya,tadi pukul 10.30mlm saya dh masuk tido.Penat la hari ni.Tapi bukan pasal puasa,pasal bergerak laju buat tu,buat ni.Takpela,bagus jugak bangun awal ni.Bolehla buat amalan2 sunat kan.Kalau la 10 malam akhir Ramadan saya dapat kekalkan keadaan mcm ni kan bagus-bangun tengah malam,tadarus,buat qiamullail.Insyaallah,semoga tercapai.Amin.

Tengahari semalam saya checked akaun Yahoo,Friendster dan Myspace saya.Hmm,kenapa la ramai sangat yang hantar msg kata diorang terasa hati dgn saya ni?Majoriti cakap yang saya lupakan diorang.Hmm,satu statement yang tidak benar sama sekali!Kepada kawan2 yang bc artikel saya ni,saya nak jelaskan.Saya senantiasa ingatkan kalian.Selagi nama korang ada dlm contact list,selagi ada gambar2 muka korang kat akaun saya,Insyaallah saya xkan lupa.Dan selama ni saya bukak Friendster dan Myspace semata mata psl nak delete forwarded msg yang saya dpt,itu pun atas ihsan alert dari Yahoo.Terus terang saya cakap,saya agak menyesal bukak 2 benda tu.Dulu ingatkan nak main2 sesama kawan2 je.Rupanya dah jadi satu komuniti tetap la pulak.Tapi takpe,saya bersyukur kerana ada kawan macam korang.Ini bermakna ikatan kita semua kuat,ye tak?Apapun,saya dengan rendah hati meminta maaf daripada korang.Tolong maafkan saya atas kecuaian ni.Saya tau korang ni mmg kawan yang baik dan menghargai persahabatan.

Hmm,dah seminggu saya kene selsema yang pada saya bolehla dikatakan teruk.Tekak perit,mata pun rasa kering.Hidung x payah cerita la,mmg sakit.Mungkin pasal gaya hidup saya kot baru2 ni.Hari2 saya 'main-main' dengan habuk.Lepas tu x mandi lagi dah duduk dalam aircond sampai tertido.Bila bangun tu rasa cam kering je paru-paru.Bila batuk bunyi kelakar!hohho.Tu la,saya ni x sesuai sangat hidup dalam tempat sejuk2 ni.Alhamdulillah,syukur pasal saya lahir dekat negara beriklim khatulistiwa.Takdela menggigil sangat.

Okla.saya beransur dulu.Selamat berhari Isnin dan selamat bekerja semua(kerja?aaarrgh!).Salam

Saturday, September 23, 2006

Ramadan Menyuakan Wajah

Assalamualaikum.Diam x diam,rupanya dah setahun kita tinggalkan bulan mulia,bulan Ramadan.Dan sekarang bulan sejuta rahmat telah datang semula.Semoga kita semua x lupa untuk beramal dan menambahkan ibadah.

Malam tadi saya cadang nak tido pukul 1.00pg.Tapi masa bagitau mak dan kakak yang saya nak tido pukul 1.00pg tu la yang buatkan kitorang terus bersembang sampai pukul 2.Aiseh,lagi lambat tido lagi lambat bangun maa.Saya pun terus masuk bilik.Sambil2 tu saya setkan jam dkt hp saya,pukul 4.30 mesti kene bangun.Dalam kepayahan nak tido tu,saya pun golek ke sana,golek ke sini.Akhirnya entah bila la,saya terlelap.

Pukul 4.40 pagi-Kak Emy tepuk2 bahu saya."Wei,dah nak subuh ni.Bangun,makan".Saya angguk....angguk...angguk.....ZzzZZzzzz...Adik saya pulak datang,"Abg Syah,bangunla.Tak makan kang bising pulak".Yelaa..Hmmm,saya pun tgk dkt hp saya sambil marah2,"Apela,bukan nak kejut org betul2.Tak gunala buat canggih2 kalo mcm ni".(Salahkan teknologi.Padahal masa tu hp tu masih lg ulang2 berbunyi!)

Saya terus ke fridge,tgk apa yang ada.Haa,ada air cincau herba dalam tin.Saya pun minum la air berjenama XXXX tu barang seteguk dua.Dalam diam2,perut saya keluarkan satu bunyi....glog..glog..glog...Aiseymen,sakit perut aaa minum cincau ni!Terpaksala saya ke jamban pulak.Aduii,sempat ke nak sahur ni????

5.15pg-Phew....akhirnya keluar jugak saya dari bilik kebal ni!Lepas tukar pakaian,saya pun ke meja makan.Pagi ni kitorang x cukup korum.Papa pergi ke Penang.Kak Emy kata dia dah called papa.Ha,ok la.Jom makan.Walaupun saya dah biasa makan awal2 pg,tp bulan puasa ni tekak mengada-ngada pulak,takde selera.Saya cuma makan nasik dengan serunding daging je(hmm,saya panggil sambal daging sebenanya).Makan..makan..makan...Alhamdulillah..dah kenyang.Syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kurnia bahan makanan ini kepada kami.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian makhluk,Tuhan sekalian alam.

Kerana menunggu datangnya waktu solat subuh,saya pun siapkan la sekejap blog ni.Apapun,sekali lagi,selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.Jangan buat perkara2 yang boleh membatalkan puasa,yang bole memudaratkan diri,dan jangan berbuka dgn terlalu kenyang.Bila terlalu kenyang,maka malasla kamu nak beribadah.Kan tak bagus tu.Bulan puasa ni la patutnya kita nak tingkatkan kualiti,nak mintak keampunan.Semoga Dosa kita dan para muslimin dan muslimat akan diampunkan.Amin.Salam

Hari Ini Dalam Rekod

Salam.Selamat tengah malam.Selepas hampir 3 bulan rakyat Malaysia menunggu(bagi yang berminat dan tengok la),akhirnya malam ni terungkai sudah jawapan.Tepat jam 9.30 malam di 8tv,bermulalah penantian ramai orang,One In A Million.Dan selepas 2 lagu dinyanyikan tiap2 peserta,Suki diumumkan sebagai jutawan baru(walaupun tak semua duit tu diberi pada Suki).Apapun,tahniah untuk Suki.You deserve it.Dia lawa kan?hehehe.Tak payahla kita sebok2 nak ungkit banyak2 hal hiburan ni.Cerita banyak2,vote banyak2 pun,bukan kita yang kaya.

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak saya ucapkan.Semoga pada tahun ni,amal ibadat kita semua dapat dipertingkatkan.Bawak-bawakla berenti buat benda2 x elok tu.Sendiri mau ingatla apa benda x elok tu kan.Ckp pasal Ramadan,mesti teringat raya.Bila dah ingat raya,mesti nak balik kampung,sambut dengan keluarga dan saudara-mara.Baru meriah ye x?Tapi bila cakap psl balik kampung,mesti teringat psl eksiden.Yaa,eksiden.Apa la nak jadi dgn orang kita ni.Ingat lagi x iklan keselamatan jalan raya lebih kurang sepuluh tahun dulu?Ada banyak mayat bertutup dgn kain putih lalu-lalang dgn stretcher dkt atas highway menggantikan kenderaan.Pergh,angker beb!Jgn lupa,ajal maut di tangan Tuhan.Tp kita sendiri kalau dah eksiden psl kecuaian,jgn salahkan takdir.Sama jugak mcm jodoh.Kadang2 mak bapak sendiri dah tau bakal menantu diorang tu perangai dia kurang elok(ala,jahat la tu.senang cerita).Tapi diorang masih terima jugak sebab material.Tp bila orang ramai tanya kenapa ambil menantu mcm tu,alasan diorang senang aje-dah jodoh,nak buat mcm mana.Cewah,senangnye akak bercerita!Takpela,konsep merancang dan menerima takdir ni dah selalu orang ramai sembangkan,bincangkan.Pandai-pandaila kita semua fikir ye.Semoga Aidilfitri tahun ni berkurangla sikit kerja abang2 polis kat bahagian statistik kemalangan jalan raya.Penat diorang nak menulis,lepas satu,satu kes jadi.Semuanya sebab kecuaian yang sepatutnya mmg bole sangat2 dielakkan.

Dah.Mari kita bertukar ke cerita lain.

Pukul 5 ptg td,masa saya tgh bergila-gilaan(hohho)siapkan kerja,pintu bilik saya berbunyi.Mak saya kata ustaz saya datang.Hmm,lama jugak x jumpa ustaz.Tak mau buang masa psl masih bnyk kerja,saya pon pergila jumpa dia.Lps bersalam dan bertanya kaba,kitorang minum2 sambil bersembang.Masa tu saya terlupa pulak yang selama ni ustaz saya ni la yang selalu potong rambut saya.Dan 10 minit kemudiannya,saya dah ada dkt luar rumah,badan berbalut plastik dan rambut yang sedang dipotong.Apapun,terima kasih kepada ustaz Md.Noor.Salam.

Friday, September 22, 2006

Hari Ni Punya Hal

Assalamualaikum.Phew....hari ni penat betul.Dah 3 hari berturut-turut saya dok mengadap pc ni,banyak betul kerja x siap.Pagi2 lagi saya dah bangun.Nasib baik hari ni cuti.x payah pegi ofis!yay!Dari pukul 8 pagi sampaila ke 1.30 tghari saya dok buat kerja tanpa henti.Bila dah dekat2 nak pukul 2 barula saya perasan,"alamak,aku belum breakfast pon lagi!".Patutla semacam je rasa perut ni.Saya pun makanla dua keping roti,taruk butter dengan gula.(aisey,butter nih nama je dari UK,makan planta lagi sedap beb)Jangan dilupa,gula x bole taruk banyak2 sgt.Selain daripada sebab kesihatan,gula pon susah nak dapat sekarang maaa!

Lepas je mandi,tiba-tiba staf saya called.Dia kata,"Incik syah,sorila.Hari ni saya x bole gi rumah incik syah la.Sekarang ni pon saya dah sangkut dalam jem dkt jalan mahameru".Alahaiiiii...x pela.Terpaksala tangguh kerja sehari.Nampaknya esok pagi jugakla baru sy bole pass kerja ni dkt dia.Jadi aktiviti saya ptg2 cumala lepak2,main game worms(bes woo!),baca2 buku sikit.Masa tengah syok baca komik,tiba-tiba pulak mak called.Dia kata kereta dia berasap depan traffic light.Nasib baikla kereta dia broke down x jauh dr rumah.Saya pon terusla pergi ambik dia.Dah tgk condition kereta,saya called pomen(pasal x tau apa masalah kereta tu!).entah apa la jadi kat kereta tu sekarang ni.

Sampai2 je dkt rumah,dh maghrib.Lepas settle mandi,solat,saya bukak pc,baca emel yang sy dpt hari ni.Hmmm,ada 11 mel masuk.Lepas je check,saya sambung kerja yang terbengkalai ibarat projek pembangunan yang x siap akibat kontraktor yang x mampu buat kerja(masa kejar tender,mulut baaanyak manis haaa!).type..type..type...haaaa,akhirnya siap jugak kerja untuk hari ni.Tanpa buang masa,saya terus buzz member baik saya,zeed.Nasib baik dia online.Saya pon ambikla masa berhuha-huha dengan dia sekejap.Hmmm,dah 9.30 malam.Time to watch Explorace Finale!Hepi betul masa tgk td.X sangka team feveret saya bole menang.Diorang ni(Razman & Azahari)mmg hilarious betul la.Sampaikan team lawan panggil diorang the jokers!Tapi best la kan bila dapat rm50k?Macam2 bole beli wooo.Mmg mewah la diorang raya ni.Dah habis Explorace,saya sambung chat dgn zeed semula.Lepas tu tgk pulak Two an a Half Men.Hopefully xde sapa kritik comedy kegemaran saya ni.Saya mmg minat sangat.hohohoh.

Ha,dah pukul 1.30 pagi pon.Tapi mata belum bole tido.Nampaknya kenala revise sikit.Kalo belum rasa ngantuk jugak,baca komik.Kalo belum bole tido jugak,terpaksala saya tgk dvd yang ada ni.Banyak woo dvd yang saya belum tgk.Biasanya saya selalu kirim dkt kwn2 yang pergi Low Yatt Plaza.

Hari ahad di waktu malam,
Pergi tgk konsert malindo.
Wahai geng selamat malam,
Jap lagi aku nak tido.

Okla.Nak beransur dulu.Jumpa lagi nanti.Nite2 Malaysia.Tata.Salam.

Tuesday, September 19, 2006

Terima Kasih Sahabat


Assalamualaikum.Hari ni saya sgt hepi.Kawan baik saya yg belajar di Oita dah mengajar dan buat sesuatu yg berguna utk saya(huhu!).Apa benda yg dibuatnya,tak perlulah saya bagitau ye.Yang penting,benda tu benda baik.Saya panggil kawan saya ni Bibiana(bukan nama sebenar!)sempena nama pelakon tahun 80an yang berlakon dalam filem Mira Edora.Nama karakter dalam filem Mira Edora tu lah yang menjadi nama kawan saya ni sejak lahir.

Hmmm,bila bercakap pasal kawan2 ni,teringat pulak.Mana la agaknya kawan2 lama saya?Ingat lagi ke diorang pada saya?Harap2 masih ada yang ingat pada saya.Dekat mana pun diorang sekarang,tengah belajar atau dah bekerja,saya doakan kesejahteraan diorang di dunia mahupun akhirat.

Hari Sabtu,16 September lepas,sekolah lama saya anjurkan majlis makan malam untuk kutip dana dan sekaligus mengumpulkan semula bekas2 pelajar.Sayang betul la,saya tak mampu pergi walaupun jarak sekolah dengan rumah saya tak sampai 300 meter.Banyak betul benda yang saya kena selesaikan masa tu.Ni la kali pertama saya terlepas peluang nak jumpa kawan2 lama,cikgu2,dan exgirlfriend saya!

Takpelah,dah bukan rezeki saya kan.Apapun,memandangkan saya masih baru dlm ni,sapa2 yang baca blog sy ni sila berikan tunjuk ajar ye!Jumpa lagi.


Assalamualaikum wbt.Ini kali pertama saya ada blog sendiri selepas bertahun menumpang blog orang lain.Nampaknya pengguna internet dekat Malaysia ni makin maju,makin up-to-date.Apa saja yang saya browse,yang pastinya mesti ada website atau apa2 maklumat yang berasal dari Malaysia.Syabas! Sebelum terlambat,baik saya perkenalkan diri saya serba sedikit.Nama panggilan saya Ahmad dan berumur 20an.Tujuan saya buka blog ni tak ada lain,semata-mata nak berkongsi apa saja pendapat,berita terbaru,isu2 semasa,atau apa2 aje tak kira sama ada dengan kawan2 atau siapa saja. Insyaallah dari masa ke masa saya akan menaiktaraf blog ni mengikut kesesuaian.Semoga berjumpa lagi.