Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.Selamat pagi dan Salam Aidilfitri.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.Walillailham.Syukur ke hadrat Illahi,pagi ni dapat kita semua bangun untuk sama2 meraikan kemenangan bagi umat Islam.Happy Eid to my friends in Oita,London,Vladisvostok,Cairo,Bali,Madinah,Ohio,Malang,Pagar Ruyung,Sorreisa,Melbourne,Sydney and Adeilade.I love you guys.May Allah bless you with happiness and may you have a blissful Eid.Thank you for sending me your wishes last nite.I'm very flattered to get ur guys' messages.

Tak sangka kan,diam tak diam,rupanya dah sebulan kita berpuasa.Rasa gembira kerana dapat lalui puasa dengan baik dan ada jugak rasa sedih bila terkenang kesalahan lampau.Untuk orang Islam yang beriman,sudah pastinya dalam hati masing2 berkata,"kenapalah masa Ramadhan tahun yang sudah2 aku x beribadah dengan sempurna?".Apapun,kita perlu bersyukur sebab masih berpeluang untuk bertaubat dan tingkatkan semula amalan kita.Kenapa saya sebut perkataan 'semula'?Well,mungkin ramai daripada kita yang x sedar,lahirnya kita ke dunia ni dengan fitrah.Maksudnya kita semua lahir ke dunia dengan sebersih-bersih hati dan dengan tiada dosa sama sekali.Allah jugak dah bekalkan kita dengan ilmu pengetahuan dari azali lagi sebenarnya.Jadi,tugas kita di atas muka bumi ni hanyalah untuk memperkembang dan memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan yang sememangnya dah diprogram dalam otak kita.Di dunia,tak ada manusia yang bodoh.Semuanya perlu usaha untuk membolehkan otak kita develop dengan baik.Macam tu jugaklah dengan ibadah.Allah dah bagi kita hati dan jiwa yang bersih,cuma kita saja yang kotorkannya.Jadi apakata kalau di pagi yang mulia lagi bermakna ni kita semua sama2 menghayati erti sebenar Aidilfitri dan kembali semula kepada fitrah kita.Pohonlah ampun daripada Allah atas kesalahan kita,pada mak dan ayah,adik beradik,saudara mara,sahabat,jiran2 dan pada semua umat muslimin dan muslimat.Kita tak tau,walaupun kita baru kenal seseorang tu dalam masa 2-3 hari sebelum raya pun,mungkin semasa bersembang kita ada tercakap sesuatu yang mengguris hati orang tu dalam diam2.

Saya sebagai seorang insan yang selalu cuai juga x terkecuali daripada membuat dosa dan kesalahan kepada orang lain.Oleh itu,dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan,saya benar2 berharap agar kalian dapat maafkan segala dosa saya yang dah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

Kepada kawan saya Omar yang kehilangan ayahnya akibat penyakit barah tulang baru2 ni,bersabarlah.Allah nak menguji keimanan kita semua.Begitu juga dengan junior saya Diana yang jugak kehilangan ayah pada tengahari semalam di Hospital Kuala Lumpur.Semoga Diana tabah menghadapi dugaan.

Salam Aidilfitri,maaf lahir dan batin.



Wednesday, October 18, 2006

Aktiviti Hari Ni

Assalamualaikum.Apa kaba geng?Harap2 semua sihat dan bermood baik hari ni.Saya pulak rasa kurang sihat.Rasa macam nak demam je.Sah,kurang air.Saya bangun seawal 4.30 pagi tadi untuk bersahur.Lepas kejut semua orang dalam rumah,saya cek lauk.Alamak,belum prepare apa2 lagi laaa..Maka waktu sahur tadi terpaksa la saya makan nasi dengan serunding daging berperisa terbakar yang dibeli di pasar tani.Apa nak buat,syukurla dengan apa yang ada.Asal kenyang perut sudah.

Lepas subuh,saya,papa dan kak emy duduk berbincang.Secara rumusannya macam ni la;saya dengan kak emy akan further study lagi.Kali ni untuk dapatkan kelayakan dalam bidang IT pulak.Ye la,aneh jugak kan kalau bukak firm It tapi satu hape pasal It pun kitorang x tau.Pikir punya pikir,hmm..menarik!InsyaAllah,bila kerja dah kurang sikit kami akan sama2 mendaftar.

Dah habis sesi sembang2,sampaila masa bekerja.Saya buat apa yang patut je.Yang lain semuanya tunggu farid,pooganesan dan yang lain2 siapkan.Alhamdulillah,agak lega sikit walaupun apa yang kitorang buat sekarang ni rumit.Dan kat perenggan atas ada saya kata yang saya rasa kurang sihat kan?Haa,sebagai balasan,saya merewardkan diri saya dengan menyambung tidur yang sememangnya kurang atau lebih mesra lagi dipanggil sebagai x tido langsung.Saya bangun dalam pukul 3 petang.Hohoho.Ok la tu,bukan lama sangat saya tido.

Bila bangun tido,mcm biasa la,walaupun badan x berbau,muka tetap maintain pun mesti kena mandi punya.Isy,sapala yang mulakan habit mandi tiap2 kali bangun tido ni...malas betul la..Lepas siap2,saya terus mengadap pc semula.Maka bermula la kembali era mata berpinar pinar.Lebih kurang pukul 5.30,saya pun berhenti.Ada cerita bes kat tv9,Kiamat Sudah Dekat.Mana boleh miss beb!Lepas habis cerita tu,saya tukar ke channel 3.Jejak Rasul time.Hmm,cerita Jejak Rasul ni sentiasa bes.Kalau la saya mampu satu hari nanti,nak aje saya beli semua vcd Jejak Rasul dari musim pertama.Dari kecik saya x miss tengok.

Kitorang berbuka hari ni dengan pantas dan ringkas.Kuih pun yang kering2,ada mee bandung dan saya makan nasi goreng pattaya.Tu pun share dengan papa.Nak makan sorang x habis.Lepas solat,saya dapat call dari klien saya.Dia singgah sekejap,bagitau perkembangan kerja.Bagus jugak,tak payah susah2 cari dia dah.Jadi malam ni beban saya dh berkurang sikit.Cuma tinggal nak pergi hantar kad raya ke rumah kawan2 yang dekat2 je.Tu pun bukan saya yg drive.Maklumla,malam2 camni saya rabun sikit!Dah habis dalam 20 rumah saya dan kak emy pusing,kitorang pun balik.Maka bersemayamla saya di sini,mengupdate blog saya ni.Lepas ni saya nak pegi makan kuih raya.Ingat,kuih raya x semestinya untuk tetamu je.Tuan rumah pun patut makan banyak2 jugak!Harap2 raya tahun ni janganla kita semua naik berat badan.Toksah la pikir nak balas dendam pasal masa puasa terpaksa berlapar.Kan senang nak bawak badan kalau perut ringan.Selamat berterawikh.Buatla dengan sempurna.Setahun sekali je.Main game bole lak hari2 kan!Salam.

Tuesday, October 17, 2006

Ngantuk........

Assalamualaikum.Dah pukul 4.20 pagi.Hm...mengantuknyaaaa..tapi x bole tido.Saya dah kena insomnia la.Sementara tunggu nak kejutkan semua orang dalam rumah ni untuk bangun bersahur,saya guna masa sikit untuk reply emel yang dari siang tadi saya x habis/malas nak reply.Lepas selesai semua tu,saya main Worms(macam selalu!).Dan bila dah betul2 boring,saya pun cadang nak tengok dvd yang Ikhsan pinjamkan.Takla banyak sangat,tebal dia ada la dalam sejengkal!

Pilih punya pilih punya pilih,haa..dapat pun dvd yang sesuai dengan taste saya malam ni.Saya pilih nak tengok Eurotrip.Sebenarnya saya dah pernah tengok movie ni sekali,tapi dah lupa apa ceritanya.Rumusannya,sesiapa yang bawah 18 tahun tu baik toksah tengok la.Buat rosak otak je(patutnya sapa2 pun jangan tengok cerita macam ni!).Movie tu mengisahkan Scott Thomas,Cooper,Adik beradik kembar Jenny dan Jim yang melancong ke seluruh Eropah.Tapi sepanjang pelancongan,macam2 yang diorang terpaksa tempuhi.Scott bertujuan nak ke German untuk berjumpa dengan kawan chattingnya yang dah disalah anggap sebagai lelaki kerana namanya Mike(dalam German disebut Mika.Hmm comelnya nama :)).Kawannya yang bertiga lagi tu memang berniat nak pergi melancong,jadi Scott pun ikutla sekali.Pengembaraan diorang berakhir dengan kegembiraan bila akhirnya Mike mengikut Scott dalam diam balik ke USA dan belajar bersama di Universiti Oberlin.

Bila tengok movie ni,sikit sebanyak membuatkan saya teringat ex-girlfriend saya dulu.Dia tinggal di London dengan mak ayah dia.Dia selalu chat dengan saya jugak,macam dalam Eurotrip tu.Selepas setahun saya dan dia bercinta,saya dalam diam2 kumpul duit untuk pergi jumpa dia kat sana.Kononnya nak buat surprise la.Tapi sayangnya satu pagi tu,lepas subuh,dia telefon saya.Dia kata dia dah x tahan tunggu saya pasal jarak yang terlalu jauh.Memang berat untuk saya lepaskan dia.Tapi saya jugak tak mau dia terseksa tunggu saya.Dan yang bodohnya,masa tu x terluah dari mulut saya yang saya memang nak pergi melawat dia kat sana.Saya terdiam dan terus pendam sampaila saya type sekarang ni.Sedihnya rasa kena tinggal cuma Tuhan je la yang tau.Macam2 perkara buruk jadi pada saya akibat daripada produktiviti dan kualiti diri saya yang down gile masa tu.Masa tu jugak saya terus jatuh sakit.Apapun,saya x salahkan dia.Perempuan mana yang sanggup berjauhan daripada orang yang dia sayang kan.Terlalu lama pulak tu.Takpela,tak ada rezeki untuk saya dengan dia agaknya.Saya doakan semoga dia happy sekarang dengan boyfriend dia.Tiap2 tahun masa hari ke-4 puasa,saya mesti teringat dia lebih dari hari2 lain.Hari tu la saya dengan dia berkenalan.Tak apala,semuanya dah lepas kan.Life goes on.Kepada adik2 yang kat luar tu,nak tau tak kenapa mak ayah kita selalu pesan jangan gatal2 nak bercinta?haa,senang je sebabnya.Kalau masa bercinta tu kita terlalu extreme/taksub dengan kebestannya,boleh jadi apa saja perkara lain yang jugak penting dalam hidup akan kita abaikan.Lagi satu pulak,bayangkan kalau tengah syok bercinta tiba2 Tuhan takdirkan kita putus,i bet,it will be a devastation!hidup punah,makan x lalu,tido x nyenyak.24 jam dok menangis je.Kan kualiti hidup hancur tu.Dahla umur muda.Sepatutnya orang muda la yang lagi bersemangat nak berjuang.Tapi nasihat ni untuk sapa2 yang terlalu sensitif je.Pada yang boleh kawal diri,teruskan dengan cinta anda.Tapi jangan langgar hukum dan syariat.Ingat,biasanya cinta sebelum pernikahan adalah cinta berbentuk nafsu saje.Kawal diri ok.Selamat bersahur dan berpuasa.Salam.

Sunday, October 15, 2006

Dah Lama Tak Tulis

Assalamualaikum.Aduii,lama betul tak update blog nih.Bila ada masa rasa malas,bila x cukup masa tetiba rasa nak type pulak.Takpe2,sementara masih segar pagi2 ni baik saya sambung type.

Dalam minggu ni banyak jugak benda yang jadi pada saya.Malam kelmarin tengah saya bz(bz?) main game worms,tiba2 saya dapat satu sms dalam bahasa indonesia.Saya ingatkan ada orang tersalah hantar mesej.Tapi bila baca betul2 mesej tu berbunyi lebih kurang macam ni lepas ditranslate dengan jayanya;'Salam.syah,kamu masih ingat saya tak?Saya kawan baik kamu masa di sekolah dulu,________(nama dirahsiakan!).Apa kaba?Lama betul tak jumpa.Syah buat apa sekarang?Saya sekarang ambik course ACCA(pergh,akaun beb!)Rasanya saya nak jumpa syah bila singgah Malaysia nanti...bla..bla..Macam tu la serba sikit isi dalam sms tu.Saya pun balas la yang saya masih ingat dia.Cuma saya terpaksa mengaku yang saya dengan selambanye telah terbuang nombor telefon dia beberapa tahun lepas.Dulu kawan saya tu tinggal dekat sini.Keturunan indonesia,anak orang berada.Saya ada la jugak keluar jalan2 dengan dia.Cuma masa tu tak berapa manisla dipandang kalau saya selalu dengan dia je,girlfriend tersayang masa tu nak letak mana ye tak?(salam sejahtera buat kamu ex gf ku!)Apapun,terima kasih teman kerana walaupun bole dikatakan kita dah terpisah selama beberapa lama,kamu masih jugak ingat saya.Gue sayang sama lho!Jangan salah faham,saya cuma sayang dia sebagai sahabat.Saya tetap single.Lagipun dia dah ada boyfriend(ceh!).Hohooohooho.

Dalam minggu ni jugak,saya rasa bersyukur.Saya dapat rasakan ada sedikit perubahan dalam diri saya.Tak tau la apa dia,yang penting saya rasa cukup positif(kecuali tetap tak tido malam macam selalu jugak,insomnia beb!).Tapi agak hampa la semalam.Kalau ikutkan plan,saya,papa dan kak emy akan jalan2 ke melaka.Tapi lepas subuh kak emy pulak cakap dia tak sihat.Untuk info,melaka adalah tempat yang encik ahmad(saya la tu)paling suka pergi.Tak tau kenapa.Banyak kenangan kot kat situ.Pagi ni saya akan beraktiviti macam biasa.Farid,staf saya akan datang hari ni ke rumah.Macam2 kitorang planned nak buat sama.Ha,tak lupa jugak,selain daripada datang untuk berbincang serba sikit hal kerja dan melepak sambil main gitar(ingat ye para pembaca,bulan puasa banyakkan beribadah!),saya jugak akan meleburkan wang yang tersimpan dalam keadaan gembira di dalam akaun bank sebagai bayaran untuk servis terbaru farid kat ofis.isk..isk..

Hmmm,dah pukul 7.30 pagi.Hari ni hari ahad lak tu.Dahla tak cukup tido malam tadi.Kalau saya sambung tido pon bes gak nih.Ala,bukan tido lama sangat pon,dalam pukul 9-9.30 karang saya bangun la.Kang kesian farid,dia datang saya tak layan.Lagipun pukul 2 ptg karang saya kena jugak tengok tv.Kalau tak,terlepas la perkara menarik dalam hidup saya setiap hari minggu(nak buat macam mana,nak dicapai tak dapat.Nak memiliki tak layak.Korang mesti paham kan?heheheh)Nak tau apa dia,bukak la tv3 tiap2 pukul 2 ptg hari ahad ye.Apapun,kepada bebudak laki kat luar sana,nak tengok tv tu bole.Tapi kalau nampak gadis2 yang lawa,genit,seksi,menarik,indah tu phm2 la ye.Jaga la mata anda.

Haaa,stok mengantuk dah cukup nih.Rasanya bolela kiranya saya melelapkan mata buat seketika cuma.Cewah!Selamat meneruskan ibadah yang mulia dan selamat berhari minggu.

*ya Allah,aku bermohon kepadaMu.ampunkan dosaku,dosa ibu bapaku,keluargaku,guru2ku,sahabat2ku,jiran2ku dan kaum muslimin.Tingkatkan lah taqwaku,perelokkanlah kekurangan sahsiah diriku,semoga hidupku di dunia bukan sekadar sia2.Senangkanlah hidupku,kedua orang tuaku,muliakan hidup kami.Permudahkan sakaratul mautku.Berikanku ilmu.Sesungguhnya aku ingin menjadi insan yang baik di sisiMu,yang mulia di mata hamba2Mu.Temukanku dengan gadis yang telah Kau takdirkan kepadaku,agar menjadi penyeri hidupku satu hari nanti.ya Tuhanku,sesungguhnya apa saja ketentuanMu,aku redha dan mengakui setiap takdirMu.Amin ya rabbal alamin.*