Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Tuesday, October 24, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.Selamat pagi dan Salam Aidilfitri.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.Walillailham.Syukur ke hadrat Illahi,pagi ni dapat kita semua bangun untuk sama2 meraikan kemenangan bagi umat Islam.Happy Eid to my friends in Oita,London,Vladisvostok,Cairo,Bali,Madinah,Ohio,Malang,Pagar Ruyung,Sorreisa,Melbourne,Sydney and Adeilade.I love you guys.May Allah bless you with happiness and may you have a blissful Eid.Thank you for sending me your wishes last nite.I'm very flattered to get ur guys' messages.

Tak sangka kan,diam tak diam,rupanya dah sebulan kita berpuasa.Rasa gembira kerana dapat lalui puasa dengan baik dan ada jugak rasa sedih bila terkenang kesalahan lampau.Untuk orang Islam yang beriman,sudah pastinya dalam hati masing2 berkata,"kenapalah masa Ramadhan tahun yang sudah2 aku x beribadah dengan sempurna?".Apapun,kita perlu bersyukur sebab masih berpeluang untuk bertaubat dan tingkatkan semula amalan kita.Kenapa saya sebut perkataan 'semula'?Well,mungkin ramai daripada kita yang x sedar,lahirnya kita ke dunia ni dengan fitrah.Maksudnya kita semua lahir ke dunia dengan sebersih-bersih hati dan dengan tiada dosa sama sekali.Allah jugak dah bekalkan kita dengan ilmu pengetahuan dari azali lagi sebenarnya.Jadi,tugas kita di atas muka bumi ni hanyalah untuk memperkembang dan memperbanyakkan lagi ilmu pengetahuan yang sememangnya dah diprogram dalam otak kita.Di dunia,tak ada manusia yang bodoh.Semuanya perlu usaha untuk membolehkan otak kita develop dengan baik.Macam tu jugaklah dengan ibadah.Allah dah bagi kita hati dan jiwa yang bersih,cuma kita saja yang kotorkannya.Jadi apakata kalau di pagi yang mulia lagi bermakna ni kita semua sama2 menghayati erti sebenar Aidilfitri dan kembali semula kepada fitrah kita.Pohonlah ampun daripada Allah atas kesalahan kita,pada mak dan ayah,adik beradik,saudara mara,sahabat,jiran2 dan pada semua umat muslimin dan muslimat.Kita tak tau,walaupun kita baru kenal seseorang tu dalam masa 2-3 hari sebelum raya pun,mungkin semasa bersembang kita ada tercakap sesuatu yang mengguris hati orang tu dalam diam2.

Saya sebagai seorang insan yang selalu cuai juga x terkecuali daripada membuat dosa dan kesalahan kepada orang lain.Oleh itu,dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan,saya benar2 berharap agar kalian dapat maafkan segala dosa saya yang dah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

Kepada kawan saya Omar yang kehilangan ayahnya akibat penyakit barah tulang baru2 ni,bersabarlah.Allah nak menguji keimanan kita semua.Begitu juga dengan junior saya Diana yang jugak kehilangan ayah pada tengahari semalam di Hospital Kuala Lumpur.Semoga Diana tabah menghadapi dugaan.

Salam Aidilfitri,maaf lahir dan batin.



1 Comments:

Post a Comment

<< Home