Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Sunday, November 19, 2006

Pagi Buta

Assalamualaikum.Ahad,3.34am.

Hmm,sampai sekarang x bole tido.Kawan saya yang datang dari pukul 10.30 malam tadi dah lama berdengkur.Tadi Helmi pun datang.Dah lama kitorang x berkumpul.Jadi masa yang ada ni dimanfaatkan untuk cerita hal masing2.Maklumlah,Azam belajar di Port Dickson dan Helmi pulak di Skudai.Lepas cerita hal masing2,terutama Azam yang asyik cerita pasal silat,kitorang pun berhenti makan jap.Mummy goreng samosa,popia dengan kuih2.Sambil makan kitorang buat plan,nak rekod lagu apa kali ni.Malangnya malam ni cuma ada satu gitar je.Gitar Helmi performance dia sangatlah kasihan sementara gitar klasikal Azam yang hebat tu pulak dah patah dua dikerjakan dek sepupu dia masa raya hari tu.Hmm,satu pun satulaaa...

Bila dah pikir2 tu,terkeluarla idea untuk nyanyi lagu Dewa 19,Santa Esmeralda dan lain2 yang seronok bila diakustikkan.Makanya,kami pun terus prepare apa2 yang patut pada pc.Bila dah pasang mikrofon,dah tukar setting untuk recording,baru saya perasan,rupanya software sound recorder saya dah hilang daripada pc.Alaaaa..leceh betul la!Terpaksa la saya cari dekat Google,mana la tau kalau2 ada free software untuk saya download.Alhamdulillah,ada pun.Lebih kurang beberapa belas jenis software keluar bila saya typed keyword dia.Peluang yang ada saya tak lepaskan.Cepat2 saya download.Ye la,masa pun dah suntuk.Mata sangat2 mengantuk.

Haa,sekarang semuanya dah siap.Tapi tu la masalahnya,dah pukul 3 lebih.Azam dah terbongkang,Helmi pulak dah balik.Dia kata nak rehat pasal keletihan naik bas siang tadi.Hmm,nampaknya terpaksa la saya tunggu Azam bangun.Nak kejut,saya x sampai hati walaupun tadi dia yang beria-ia nak rekod untuk ex girlfriend dia.Saya pun nak dedicate lagu ni untuk ex saya jugak!Apapun,tunggula nanti Azam bangun ye.Sedap x sedap lagu tu x tau la.Lagipun nyanyi masa tengah mengantuk kan(alasan kukuh dariku!).Jumpa lagi di helaian akan datang.Nak rekod lagu dulu.

*
kepada pembaca,janganlah ikut mana2 perbuatan yang x elok dalam ni.patutnya tengah2 malam kalau x boleh tido buatla amal ibadat kan!tapi takpe,saya buat ni saja2 je.cuma untuk lepaskan rindu nak sentuh gitar.hoohoho


Friday, November 17, 2006

Jumaat,17 November


Assalamualaikum.Hari ni boleh dikatakan hari rehat.Tak ada kerja,tak ada klas atau assignment,yang ada cumalah dvd yang menanti penuh setia untuk ditonton.Lepas je subuh,saya terus sambung berdengkur(sebenarnya x dengkur pun,saje je lebih2!).Pukul 9.38 pagi,telefon saya berbunyi.Saya ni memang sensitif dengan bunyi telefon.Rasanya saya dah terjangkit sindrom tak-boleh-hidup-tanpa-telefon yang rata2 memang dihidapi sebilangan besar populasi dunia.Hmm,dunia tekno sekarang ni....

Apa yang saya nak cakap bukannya pasal telefon tu,tapi pasal sapa yang telefon.Macam biasala,manusia kalau baru bangun tido,dikejutkan pulak dengan bunyi telefon,biasanya tiga perkara akan jadi;pertama,sama ada individu tu malas nak jawab.Kedua,panggilan tu dijawab,tapi dengan suara mamai.Atau yang ketiga,tipu suara,kononnya dah lama bangun dan tengah segar.Hoho.Dan saya memilih yang ketiga.Tiba2 je bunyi macam orang menang loteri;segar,ceria dan meyakinkan.Dengan kontrol macho saya jawab,'Salam.Good morning,this is Ahmad.May i help you?'.Dan di talian saya dapat dengar suara sorang pompuan bercakap dalam slang yang sungguh berbunyi orang putih.Terus saya bangkit dari katil,mata pun terbukak luas(hmm,macam penting je nih).Ya benar,sesungguhnya panggilan itu memang penting dan mengejutkan.Pompuan tu perkenalkan diri dia sebagai JC.Dia kata dia call dari Vancouver,Canada.Nama kompeni tu x payah sebutla.No speculation please!hohooh.Whoa,saya dah mula terperasan sorang,kononnya ada peminat dari jauh la.Tapi walaupun dia bukan peminat saya,tetap ada berita baik yang dia bawak.Dia kata dia daripada kompeni internet yang berpangkalan di Texas dan Vancouver.Secara x sengaja,masa diorang cari orang2 baru untuk jadi diorang punya associate,diorang terjumpa website saya.Lepas berbincang,bos diorang suruh masukkan kompeni saya dalam list offer diorang.Antara
offer yang diorang bagi termasukla untuk finance kompeni saya punya projek pada masa depan,nak suruh saya expand bisnes sampai ke Canada dan lain2 lagi.Diorang jugak ada hantar email pada saya dan direct saya ke website diorang.

Sambil2 sembang tu jugak,macam2 yang JC soal saya.Dia tanya umur saya(of course,dia kata saya ni budak mentah yang cuba berdiri dalam dunia gergasi!),hobi.Lepas tu dia tanya pulak soalan yang berbau personal.Dia saja2 je korek cerita pasal status saya,kenapa saya single(nak kata x laku la tu.ceh!),umur berapa baru nak kawin,dan apa saya harapkan dengan duit yang diorang bagi nanti.Perbualan kitorang habis lebih kurang dalam masa sejam.

Saya bersyukur pasal dapat offer yang bagus macam tu.Tapi tu la,kena la saya pikir habis2 dulu.Bukan senang,walaupun ada orang yg nak tanggung semuanya,tapi diorang mesti harapkan hasil yang gempak daripada saya.Masalahnya saya bukan tak yakin,tapi kapasiti kompeni saya sangatla kecik dan inventori pun x lengkap lagi.Susah sikitla nak tunjuk track record yg baik.Tapi takpe,masa masih panjang.Cuma kalau saya setuju,Canada mungkin akan jadi destinasi yang akan selalu saya pergi.Apapun,saya masih tetap perlu bagi proposal yang bes,cantik,menarik,tertarik,kau memang da bomb! untuk diorang.Tapi saya tak terlalu mengharap.Dah ada dalam list pilihan diorang pun dah cukup buat saya kecut perut.Gile ah dong!

Untuk tak buang masa you all membaca,adalah molek kiranya saya undur diri buat sementara waktu.Nanti saya akan letak lagi macam2 yang selama nih saya malas,malu,x terfikir,pendam dan apa2 lagila dekat blog ni.Pada zeed,anip,jenn(thanks for ur effort and support although u dont kno how to speak malay),jien,dan geng2 yang selalu view blog nih,saya ucapkan jutaan terima kasih.See ya!~

Wednesday, November 15, 2006

Cerita Hari Ni

Pukul 9.44malam.Saya baru lepas makan sikit.Hari ni xde selera la.Mood saya agak terganggu,bukan sedih,tapi rasa pelik.Tadi kawan saya call,mula2 dia tanya kabar.Tak lama lepas tu,dia mula luahkan isi hati dia pada saya.Saya memang terkejut bila dia kata dah lama dia tunggu saya bagitau yang saya suka dia.Masalahnya,macam mana saya nak cakap,saya tak ada apa2 perasaan pun kat dia.jadi,untuk x bagi harapan,saya pun berterus terang.Saya cakap baik2 pada dia yang saya memang x boleh terima dia.Saya cakap saya lagi selera kalau kami berkawan.Tapi ada satu lagi masalah timbul lepas tu.Dia suruh saya pilih,sama ada nak jadi kawan baik dan boyfriend dia atau xkan ada apa2 hubungan terus.Hmm,nampaknya inilah masa untuk saya berpegang pada prinsip saya.Saya lebih rela hilang sorang kawan daripada ada kawan baik dan girlfriend tapi saya layan dengan x ikhlas.Apapun,akhirnya dia bagi saya masa untuk saya fikir.Tapi mcm yang you all tau la,saya xkan ubah keputusan saya.Takpela,lupakan dulu soal tu.

Saya baru lagi habis chat dengan exgirlfriend saya.Dia tegur saya masa tgh siapkan kerja tadi.Walaupun masih rasa awkward,tapi tak tau kenapa,saya rasa lega.Rasa seronok sangat dapat chat dengan dia.Tak perlulah saya bagitau apa yang saya cakap dengan dia.Apa yang saya tau,saya masih dan sangat sayang dia.Kesian dia,suhu dekat nottingham sekarang bawah 10 degree.Mesti dia sangat2 sejuk.Apapun selagi saya mampu,saya akan tunggu dia,walaupun dia memang dah ada boyfriend dan sangat hepi.Biarla saya macam ni,sayangkan dia dari jauh je(zeed,sori aaa,lho musti marah bangat gw buat statement mcm ni.hohoo!).Hm,teringat masa dulu2.Haiya,wa sudah layan qalbu nih.Roger and out!

M.I.X.E.D

Assalamualaikum.

Yay,dah genap 2 minggu saya x update blog nih!Hmm,bz betul la kebelakangan ni.Seminggu yang lepas,pc sy buat hal lagi.Saki baki kesan kena petir masih terasa.Dah la Yahoo ada masalah dalam 5 hari ni.Sabar je la.Nasib baik Ikhsan tolong saya fixed apa2 yang x betul.Tapa masalahnya sekarang,banyak file saya yang dah dibacked up bercampur campur.Tension je!

Hari ni saya dah agak free.Kerja banyak yang dah proceed,borang payment untuk KWSP dah hantar,kad saya yang baru dah siap,telefon VoIP saya pun dah nak sampai dan banyak lagi la benda2 yang selama ni menyusahkan hati saya dah setel.Tinggal nak bayar payment untuk Kementerian Kewangan je.Alhamdulillah.

Tadi saya chat dengan Alap.Nampaknya semua kawan saya tengah dalam masalah tersendiri rupanya.Dia tengah dalam minggu exam.Ada salah satu paper yang dia jawab berkemungkinan boleh fail.Hmm,x tau nak komen macam mana.Dahla dia belajar course Nuklear.X reti ah!Selain daripada dia,ramai lagi kawan2 saya yang ada kes macam2.Takpela,kalau x ada masalah jadi macam orang gila pulak kan.Apa yang penting,cara kita berdepan dengan masalah.



Thursday, November 02, 2006

Selamat Pagi!

Assalamualaikum geng.Hari ni Khamis,2 November 2006.Semoga you all sihat dan ada semangat nak pegi klas atau ofis.Malam tadi saya tido awal;awal sangat!Dalam pukul 8 malam saya dah terbongkang atas katil.Rasa penat je masa tu.Bila tersedar je saya tengok jam-pukul 1.46pagi.Hmm,saya berada di tengah2,antara awal dan lambat.Mula2 ingatkan nak tido balik,tapi dah tak mengantuk.So,saya isikan malam saya dengan baca buku,komik,main game worms dan balas email.

Punyalah leka buat semua tu,sampai x sedar dah pukul berapa.Saya tengok jam semula.Laaa,baru pukul 3 setengah!Punyala la lama saya buat macam2.At last bila saya dah bosan sangat,terus saya switched on tv.Hmm,kat Malaysia ni memang tak ada apa2 yang menarik lepas pukul 12 tgh malam.X kira la cable tv ke,channel swasta ke.Channel 'perdana' lagi la mengarut.Bukak2 je terus keluar cerita Gerak Khas.Ceh!Maka saya pun mengalah.Terus saya lepak atas katil,sambung baca komik2 yang belum dikhatamkan.

Bila tengok balik kat jam di dinding,dah pukul 5 lebih.Alhamdulillah,dah nak cerah tanah pun(ayat orang dulu!).Lepas selesai subuh,saya baring jap sampai pukul 6.20.Lepas tu mandi,trim janggut,pakai cologne skit(dah setahun x pakai).Hmm,puas hati.Pagi ni saya pakai long sleeved polo t-shirt kaler oren lembut dengan jeans.pastu pakai bangle dengan jam Nike gedabak.OK tak pakai camni pegi ofis?Ala,x kesah.Lepas je siap2,di sini la saya.Sedang melalut melalui tulisan.Lepas Harith sampai karang,mesti mummy belikan breakfast.Lepas tu baru saya nak masuk ofis.Dalam pukul 9 la kot.Hari ni rasanya macam ada banyak kerja je.Malas nak pikir malam tadi.

Jadi,itu sajalah saya nak bebel buat separuh masa pertama ni.Semoga you all puas hati dan berjaya dengan apa yang dibuat hari ni.Salam

Wednesday, November 01, 2006

Whoa.......

Assalamualaikum.Camne geng semua?Bes x raya tahun ni?Untuk saya raya tahun ni agak lain sikit daripada yang sudah2.Pertama,saya beraya sebagai student dan pekerja.Kedua,saya x pergi rumah nenek masa raya pertama walaupun rumah dia cuma 10 langkah je dari rumah saya.Demam!Ada jugak alasan2 lain,tapi takpelah.Tak baik kenang2 sangat benda yang dah lepas.

Dalam seminggu ni saya dapat banyak email yang bertanya,"Kenapa awak tak buat blog dalam bahasa inggeris?".Haa,ni yang nak bagitau ni.Sebenanya dalam diam2 selama ni saya mmg tengah buat satu site dalam bahasa inggeris.Bukan blog tau.Insyaallah dalam tu akan tersenarai jurnal saya,hasil gambar2 yang saya ambik(biasala,minat fotografi kan!),soal jawab dengan guests dan kawan2.Yang lain2 tu masih KIV lagi.Bukan murah woo nak buat website yang ada url sendiri.

Ha,baru saya ingat.Rupa2nya saya belum tido lagi sejak malam tadi!Patutla mengantuk.Takpela,x baik tido lewat petang kan.Lagipun ustaz saya akan sampai x lama lagi.Maka perlulah saya bukak buku karang.Selain tu jugak kalau bole saya nak mintak tolong ustaz saya tu trim rambut saya.Dia nih masa kat Cairo dulu mmg selalu ambik upah potong rambut.

Hari ni saya agak down sikit,dari tengahari masa kat ofis lagi.Tapi takpela,selagi hidup,kenalah ada semangat sikit.Tapi kesannya untuk saya hari ni,saya agak moody dan kurang bercakap.Jadi apa saja perasaan saya semuanya terluah dekat sini.Okla,jumpa lagi malam nanti.Salam.

*Deni,Zeed,Mie,Laf,Jien,mintak maaf psl hari ni.Tadi korang nak tau kan kenapa?well,ada kena mengena dgn statement kat salah satu posting aku kat sini.keyword-lepas aku cakap psl cite eurotrip.once again,i'm sorry guys.