Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Friday, November 17, 2006

Jumaat,17 November


Assalamualaikum.Hari ni boleh dikatakan hari rehat.Tak ada kerja,tak ada klas atau assignment,yang ada cumalah dvd yang menanti penuh setia untuk ditonton.Lepas je subuh,saya terus sambung berdengkur(sebenarnya x dengkur pun,saje je lebih2!).Pukul 9.38 pagi,telefon saya berbunyi.Saya ni memang sensitif dengan bunyi telefon.Rasanya saya dah terjangkit sindrom tak-boleh-hidup-tanpa-telefon yang rata2 memang dihidapi sebilangan besar populasi dunia.Hmm,dunia tekno sekarang ni....

Apa yang saya nak cakap bukannya pasal telefon tu,tapi pasal sapa yang telefon.Macam biasala,manusia kalau baru bangun tido,dikejutkan pulak dengan bunyi telefon,biasanya tiga perkara akan jadi;pertama,sama ada individu tu malas nak jawab.Kedua,panggilan tu dijawab,tapi dengan suara mamai.Atau yang ketiga,tipu suara,kononnya dah lama bangun dan tengah segar.Hoho.Dan saya memilih yang ketiga.Tiba2 je bunyi macam orang menang loteri;segar,ceria dan meyakinkan.Dengan kontrol macho saya jawab,'Salam.Good morning,this is Ahmad.May i help you?'.Dan di talian saya dapat dengar suara sorang pompuan bercakap dalam slang yang sungguh berbunyi orang putih.Terus saya bangkit dari katil,mata pun terbukak luas(hmm,macam penting je nih).Ya benar,sesungguhnya panggilan itu memang penting dan mengejutkan.Pompuan tu perkenalkan diri dia sebagai JC.Dia kata dia call dari Vancouver,Canada.Nama kompeni tu x payah sebutla.No speculation please!hohooh.Whoa,saya dah mula terperasan sorang,kononnya ada peminat dari jauh la.Tapi walaupun dia bukan peminat saya,tetap ada berita baik yang dia bawak.Dia kata dia daripada kompeni internet yang berpangkalan di Texas dan Vancouver.Secara x sengaja,masa diorang cari orang2 baru untuk jadi diorang punya associate,diorang terjumpa website saya.Lepas berbincang,bos diorang suruh masukkan kompeni saya dalam list offer diorang.Antara
offer yang diorang bagi termasukla untuk finance kompeni saya punya projek pada masa depan,nak suruh saya expand bisnes sampai ke Canada dan lain2 lagi.Diorang jugak ada hantar email pada saya dan direct saya ke website diorang.

Sambil2 sembang tu jugak,macam2 yang JC soal saya.Dia tanya umur saya(of course,dia kata saya ni budak mentah yang cuba berdiri dalam dunia gergasi!),hobi.Lepas tu dia tanya pulak soalan yang berbau personal.Dia saja2 je korek cerita pasal status saya,kenapa saya single(nak kata x laku la tu.ceh!),umur berapa baru nak kawin,dan apa saya harapkan dengan duit yang diorang bagi nanti.Perbualan kitorang habis lebih kurang dalam masa sejam.

Saya bersyukur pasal dapat offer yang bagus macam tu.Tapi tu la,kena la saya pikir habis2 dulu.Bukan senang,walaupun ada orang yg nak tanggung semuanya,tapi diorang mesti harapkan hasil yang gempak daripada saya.Masalahnya saya bukan tak yakin,tapi kapasiti kompeni saya sangatla kecik dan inventori pun x lengkap lagi.Susah sikitla nak tunjuk track record yg baik.Tapi takpe,masa masih panjang.Cuma kalau saya setuju,Canada mungkin akan jadi destinasi yang akan selalu saya pergi.Apapun,saya masih tetap perlu bagi proposal yang bes,cantik,menarik,tertarik,kau memang da bomb! untuk diorang.Tapi saya tak terlalu mengharap.Dah ada dalam list pilihan diorang pun dah cukup buat saya kecut perut.Gile ah dong!

Untuk tak buang masa you all membaca,adalah molek kiranya saya undur diri buat sementara waktu.Nanti saya akan letak lagi macam2 yang selama nih saya malas,malu,x terfikir,pendam dan apa2 lagila dekat blog ni.Pada zeed,anip,jenn(thanks for ur effort and support although u dont kno how to speak malay),jien,dan geng2 yang selalu view blog nih,saya ucapkan jutaan terima kasih.See ya!~

0 Comments:

Post a Comment

<< Home