Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Sunday, November 19, 2006

Pagi Buta

Assalamualaikum.Ahad,3.34am.

Hmm,sampai sekarang x bole tido.Kawan saya yang datang dari pukul 10.30 malam tadi dah lama berdengkur.Tadi Helmi pun datang.Dah lama kitorang x berkumpul.Jadi masa yang ada ni dimanfaatkan untuk cerita hal masing2.Maklumlah,Azam belajar di Port Dickson dan Helmi pulak di Skudai.Lepas cerita hal masing2,terutama Azam yang asyik cerita pasal silat,kitorang pun berhenti makan jap.Mummy goreng samosa,popia dengan kuih2.Sambil makan kitorang buat plan,nak rekod lagu apa kali ni.Malangnya malam ni cuma ada satu gitar je.Gitar Helmi performance dia sangatlah kasihan sementara gitar klasikal Azam yang hebat tu pulak dah patah dua dikerjakan dek sepupu dia masa raya hari tu.Hmm,satu pun satulaaa...

Bila dah pikir2 tu,terkeluarla idea untuk nyanyi lagu Dewa 19,Santa Esmeralda dan lain2 yang seronok bila diakustikkan.Makanya,kami pun terus prepare apa2 yang patut pada pc.Bila dah pasang mikrofon,dah tukar setting untuk recording,baru saya perasan,rupanya software sound recorder saya dah hilang daripada pc.Alaaaa..leceh betul la!Terpaksa la saya cari dekat Google,mana la tau kalau2 ada free software untuk saya download.Alhamdulillah,ada pun.Lebih kurang beberapa belas jenis software keluar bila saya typed keyword dia.Peluang yang ada saya tak lepaskan.Cepat2 saya download.Ye la,masa pun dah suntuk.Mata sangat2 mengantuk.

Haa,sekarang semuanya dah siap.Tapi tu la masalahnya,dah pukul 3 lebih.Azam dah terbongkang,Helmi pulak dah balik.Dia kata nak rehat pasal keletihan naik bas siang tadi.Hmm,nampaknya terpaksa la saya tunggu Azam bangun.Nak kejut,saya x sampai hati walaupun tadi dia yang beria-ia nak rekod untuk ex girlfriend dia.Saya pun nak dedicate lagu ni untuk ex saya jugak!Apapun,tunggula nanti Azam bangun ye.Sedap x sedap lagu tu x tau la.Lagipun nyanyi masa tengah mengantuk kan(alasan kukuh dariku!).Jumpa lagi di helaian akan datang.Nak rekod lagu dulu.

*
kepada pembaca,janganlah ikut mana2 perbuatan yang x elok dalam ni.patutnya tengah2 malam kalau x boleh tido buatla amal ibadat kan!tapi takpe,saya buat ni saja2 je.cuma untuk lepaskan rindu nak sentuh gitar.hoohoho


0 Comments:

Post a Comment

<< Home