Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Thursday, November 02, 2006

Selamat Pagi!

Assalamualaikum geng.Hari ni Khamis,2 November 2006.Semoga you all sihat dan ada semangat nak pegi klas atau ofis.Malam tadi saya tido awal;awal sangat!Dalam pukul 8 malam saya dah terbongkang atas katil.Rasa penat je masa tu.Bila tersedar je saya tengok jam-pukul 1.46pagi.Hmm,saya berada di tengah2,antara awal dan lambat.Mula2 ingatkan nak tido balik,tapi dah tak mengantuk.So,saya isikan malam saya dengan baca buku,komik,main game worms dan balas email.

Punyalah leka buat semua tu,sampai x sedar dah pukul berapa.Saya tengok jam semula.Laaa,baru pukul 3 setengah!Punyala la lama saya buat macam2.At last bila saya dah bosan sangat,terus saya switched on tv.Hmm,kat Malaysia ni memang tak ada apa2 yang menarik lepas pukul 12 tgh malam.X kira la cable tv ke,channel swasta ke.Channel 'perdana' lagi la mengarut.Bukak2 je terus keluar cerita Gerak Khas.Ceh!Maka saya pun mengalah.Terus saya lepak atas katil,sambung baca komik2 yang belum dikhatamkan.

Bila tengok balik kat jam di dinding,dah pukul 5 lebih.Alhamdulillah,dah nak cerah tanah pun(ayat orang dulu!).Lepas selesai subuh,saya baring jap sampai pukul 6.20.Lepas tu mandi,trim janggut,pakai cologne skit(dah setahun x pakai).Hmm,puas hati.Pagi ni saya pakai long sleeved polo t-shirt kaler oren lembut dengan jeans.pastu pakai bangle dengan jam Nike gedabak.OK tak pakai camni pegi ofis?Ala,x kesah.Lepas je siap2,di sini la saya.Sedang melalut melalui tulisan.Lepas Harith sampai karang,mesti mummy belikan breakfast.Lepas tu baru saya nak masuk ofis.Dalam pukul 9 la kot.Hari ni rasanya macam ada banyak kerja je.Malas nak pikir malam tadi.

Jadi,itu sajalah saya nak bebel buat separuh masa pertama ni.Semoga you all puas hati dan berjaya dengan apa yang dibuat hari ni.Salam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home