Ahmad's View

A Place Where We Share And We Care

Wednesday, December 13, 2006

halo!halo!

salam.ape kaba kengkawan?harap2 semua sihat la.dah nak masuk 2 minggu saya x update blog ni.teruk betul server sekarang.

apapun,pada semua yang baca blog ni,hati2 dengan penggunaan internet.dalam masa seminggu ni,dalam rumah saya dan kat kawan2 saya sendiri,ada beberapa orang yang dah jadi mangsa hackers.contohnya kakak saya,semua duit dia dalam akaun online dia kena curi.alhamdulillah,kompeni yang uruskan pengeluaran duit dia tu dah dapat kesan siapa yang buat hal tu.orang tu duduk nun di arab saudi.nasib baik duit kakak saya dalam akaun tu x banyak sangat.

sorang kawan saya ni pulak,tengah sedap2 dia type assignment dia,tiba2 cursor bergerak sendiri.atas pertolongan sorang lagi kawan sebilik dia,barula diorang tau.rupa2nya ada sorang brader ni tgh hack dia dari cyber cafe x jauh dari rumah diorang.hmm,ingatkan bila guna vnc je boleh buat cmtu.

lagi sorang kenalan saya ni pulak,dia beli baju limited edition dari internet.dia bayar gunakan credit card bapak dia.seperti yang dijangka,duit dia pun kena songlap habis.baju entah ke mana,hati merana.rupa2nya kompeni yang kononnya jual baju tu x wujud.nombor siri kompeni tu pun dia reka2 je.tapi kawan saya ni pun ada jugak silapnya.patutnya masa nak buat bayaran kat PayPal,dia boleh nampak nama pemilik akaun.dah terang2 tertulis akaun tu akaun individu.kan bahaya tu kalau proceed jugak.

jadi,daripada 3 cerita yang baru saya bagitau,saya harap semua kawan2 yang baca artikel kali ni berhati-hati.sebenarnya ramai lagi kawan saya termasuk diri saya sendiri yang dah tertipu dengan benda2 scam ni.jangan terlalu ghairah dengan janji2 manis dalam internet.sama jugak dengan blind date.jangan mudah percaya ayat2 manis yang dikatakan sebelum jumpa.sapa tau,rupa2nya bakal boyfriend korang tu perogol ke,penyangak ke.
kalau dah jumpa dan terkena baru nak nangis2 dan menyesal,lupakan je la.ingat,berfikirla banyak2 kali,buat keputusan yang tepat.be wise.salam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home